Armagedon 2012 bencana akhir zaman
Buku ARMAGEDON 2012 sudah ada dalam gengamanku, Huahuahauaa!
aku tidak gemar dan tiada keberanian untuk menonton cerita mengenai bencana alam.
oleh sebab itu aku lebih rela membaca daripada menonton.
see poster pon bajet macam seram ja citer tuh.
filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir tahun 2012, iaitu pada 21 DISEMBER 2012 bersamaan hari Jumaat
Anas melaporkan Rasulullah berkata,
"Sekiranya hari kiamat hampir terjadi,
sedangkan di tangan salah seorang antara kamu ada biji kurma,
sekiranya dia mampu menanam sebelum terjadi kiamat,
maka hendaklah dia menanamnya"
hadis di atas menerangkan agar manusia sentiasa bersikap optimistik dalam menghadapi segala perkara yang akan terjadi, termasuk dalam menghadapi hari kiamat.
Perbagai ramalan tentang hari kiamat yang ternyata tidak berlaku
- Charles, seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pada jam 5:33 pagi.
- South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun kali kedua (the second coming of christ) pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, jam 6 Petang
- Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet dan seterusnya kiamat pada tahun 1998.
Abu Hurairah melaporkan hadis Rasulullah yang berkata,
"Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum datangnya enam perkara, iaitu Dajal, Dukhan, Binatang melata di bumi, terbitnya matahari dari barat, berlaku kehancuran dan kematian."
(Hadis direkodkan oleh Muslim).
Armagedon 2012: mendedahkan rahsia di sebalik fakta pembikinan filem 2012
mendedahkan perbalahan antara para saintis dan pakar sejarah mengenai penemuan kalendar maya yang mencetuskan seribu tanda tanya. Ada pihak yang menolak dakwaan ini dan tidak kurang juga mempercayainya. Huru hara dunia semakin kompleks seolah-olah membenarkan dakwaan ini. Kiamat pasti berlaku, persoalanya bila?
Rasulullah berkata :
"aku diutuskan, sedangkan aku dan hari kiamat seperti ini",
beliau menbandingkan antara jari telunjuk dan jari tengah.
nampak? dekatkan. ini bermakna jangka masa antara zaman Nabi Muhammad diutuskan dan hari kiamat memang dekat dan tersangatlah dekat. ini bermakna sejak zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad diutuskan sudah 80% berlalu. jadi, tempoh antara zaman Nabi Muhammad dan kiamat hanya tinggal 20%. dan mungkin kita berada dalam masa 20% terakhir?
Menurut buku Armagedon 2012 mengenai filem 2012 yang penuh sensasi itu hanya dongeng belaka, Ramalan bencana besar yang akan berlaku pada 2012 adalah berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana di bimbangi di khuatiri mereka mempercayainya yang sememangnya bertentangan dengan akidah Muslim.
"katakanlah, tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang
mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah"
(surah an-Naml, ayat 65);
Buku yang mengandungi 558 muka surat memberi banyak pengetahuan tentang kejadian akhir zaman, terbuka sikit minda aku nih setelah menelaah buku nih, memang Ohsem! Oleh itu, selamilah jiwa, rawat rohani, perkasa peribadi, sematkan akhlak terpuji. pinjam aura fadzilah kamsah jap
penulis buku nih orang indonesia (Muhammad Alexander) makanya. bahasanya juga Indonesia ya ibu-ibu bapak-bapak sekelian. kena selalu nonton sinetron indonesia ya kalau mau lebih paham bahasanya'
p/s : Kata-kata yang baik, "Laa ilaaha illallah" mampu menunda Hari Kiamat